Bengkel Hala tuju Koperasi dan Pelan Strategik Koperasi
Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad bersama Konsultasi Pusat Penyelidikan dan Konsultasi MKM membincangkan hala tuju koperasi dan pelan strategik koperasi ianya bagi mengemaskini perancangan dan aktiviti sedia ada untuk jangka masa panjang dan pendek. Selain itu bengkel ini bertujuan untuk mengukuhkan pelan tindakan dan pembentukan objektif Koperasi PKNS Bhd bagi mencapai matlamat menjadi antara 100 Koperasi Terbaik Malaysia.