Info Korporat

1

Info Korporat Koperasi PKNS

Pengenalan

PENUBUHAN

Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad telah ditubuhkan mengikut Akta 502 Koperasi 1993. Sebelum Ogos 1996 Koperasi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Berhad telah dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Serbaguna PKNS Tanggungan Berhad yang ditubuhkan pada 14hb Julai 1972 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama Tahun 1948.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Menggalakkan bidang kerjasama, bantu diri dan bantu bersama di kalangan ahli.

MATLAMAT PENUBUHAN

Meningkatkan kepentingan ekonomi ahli mengikut prinsip-prinsip koperasi. Memberikan perkhidmatan yang efisyen serta berkesan demi kesejahteraan ahli.

WAWASAN

Menjadi koperasi yang mantap dan teguh dari segi ekonomi, kemasyaratan, pendidikan, keagamaan dan kebajikan demi kepentingan ahli.

MISI

Melahirkan budaya kerjasama serta jimat cermat kearah kemantapan.

FALSAFAH

Pemuafakatan Semua Dinikmati Bersama.

Matlamat Kami

Dalam membentuk koperasi yang kuat, kami berpegang kuat kepada 4 prinsip matlamat agar kejayaan dikecapi dan dinikmati sesama ahli.

Ekonomi

Memaksimakan pulangan caruman dan meningkatkan ekonomi ahli.

Kebajikan

Bantu-membantu bagi meringankan bebanan ahli koperasi.

Pendidikan

Menerapkan budaya jimat cermat selaras dengan prinsip-prinsip koperasi.

Kemasyarakatan

Mengeratkan perhubungan dan perpaduan sesama ahli.

© Hak Cipta Terpelihara - Koperasi PKNS Berhad