Korporat

Koperasi PKNS Berhad

DITUBUHKAN 14 JULAI 1972

Lebih Daripada Sebuah Koperasi

Ditubuhkan pada 14 Julai 1972, Koperasi PKNS telah berkembang daripada sebuah koperasi yang berteraskan aktiviti kredit kepada sebuah organisasi yang aktif dalam hartanah, perkhidmatan, pembiayaan dan peruncitan.

Perjalanan lebih lima dekad ini terus dipacu dengan satu matlamat, iaitu membina sebuah koperasi yang kukuh, progresif dan berdaya saing serta mampu mencipta nilai jangka panjang kepada anggota.

Aktiviti kursus dan latihan Koperasi PKNS Berhad
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi PKNS Berhad Kali Ke-50

Visi

Menjadi 100 Koperasi Terbaik Malaysia menjelang Tahun 2030

Misi

Mencipta Pertumbuhan

Melonjakkan pendapatan Koperasi PKNS melalui aktiviti hartanah, perkhidmatan, pembiayaan dan peruncitan.

Memperkukuh Tadbir Urus

Mengamalkan prinsip tadbir urus yang baik berteraskan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.

Mencipta Nilai Kepada Anggota

Memastikan pengurusan berprestasi tinggi bagi meningkatkan kesejahteraan anggota serta memberi manfaat kepada komuniti.

Anggota Lembaga Koperasi & Jawatankuasa

Kepimpinan, jawatankuasa dan EXCO Koperasi PKNS Berhad bagi sesi 2026 hingga 2027.

Lihat ALK & Jawatankuasa

Senarai Kakitangan

Kakitangan Koperasi PKNS Berhad dan ahli Jawatankuasa Kerja (EXCO).

Lihat Kakitangan

Hubungi Koperasi PKNS

Kami sedia membantu urusan anda.